Pages

Friday, July 27, 2012

Polis diberi taklimat sebelum belasah orang ramai

KUALA LUMPUR 26 Julai: Panel siasatan Pendengaran Awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini diberitahu, sekumpulan polis berkumpul di hadapan Dataran Merdeka untuk mendengar taklimat sebelum diarahkan memukul orang ramai pada perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.
Saksi ke 16, Mohd Radzi Abdul Razak, 27, berkata, taklimat diberikan beberapa pegawai polis berpangkat Assistan Superintenden (ASP) dan salah seorang daripada mereka dikenali sebagai  ASP Karthik.
Wartawan akhbar The Sun itu berkata, sebaik sahaja habis mendengar taklimat, polis berpecah membentuk kumpulan kecil dan memukul peserta  yang memakai baju Bersih.

“Pada ketika itu, saya melihat polis berlari ke arah seorang warga emas yang memakai baju Bersih dan terus memukulnya,” katanya depan tiga panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
Menurutnya, pada kejadian jam 6.30 petang itu, beberapa peserta cuba merakam gambar keganasan polis tetapi dihalang dan diarah memadamkannya.
Radzi berkata, selepas keadaan menjadi kelam kabut, beliau berundur ke Jalan Tunku Abdul Rahman.
Katanya, ketika sedang duduk berehat, sekumpulan tujuh anggota polis menerpa ke arah beliau dan memukulnya.
“Saya jerit dan beritahu kepada polis saya adalah wartawan tetapi mereka tidak mengendahkannya. Selepas beberapa minit, barulah mereka berhenti memukul saya,” cerita Radzi.
Selepas dibelasah, polis melarikan diri dan beliau dihantar ke Hospital Kuala Lumpur oleh paramedik. - keadilandaily
Apr 28, 2012
sebab kejahatan itu,. terutama rasuah seakan budaya polis. 3 pm. 28hb April 2012: Polis menembak orang awam menggunakan. water cannon dan gas pemedih mata turut dilepaskan. Orang ramai berlari ke bangunan ...
Pada masa lapang saksikan juga bukti kejahatan dan kebinatangan polis-polis di sini (Polis) dan di sini (Bersih). SHAH ALAM: Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk ...
Cerita tentang kejahatan dan kesialan polis ini telah menyebabkan rakyat menjadi jemu dan jelak dengan segala macam jaminan demi jaminan yang diberi oleh kerajaan untuk menyiasatnya. Menteri-menteri ni cakap je ...
Wahai polis-polis sekelian; tolong ingat sikit, rakyat tidak membenci kalian tetapi kalau kalian sanggup untuk dijadikan seperti lembu dicucuk hidung oleh Umno/BN, maka memang patut kalian disumpah jadi anjing! Kepada Ketua Polis Negara, saya minta tolonglah sangat-sangat, jangan jadi seperti ... semoga Allah swt membalas kepada mereka setiap cm kejahatan mereka didunia ini. wassalam. June 27, 2011 8:26 PM · moneyads4u @ abalzai@gmail.com said.

No comments:

Posting Terkini