Pages

Saturday, July 14, 2012

Peneroka Felda berarak ke Istana Negara

KUALA LUMPUR 14 Julai: Lebih 7,000 peneroka dan anak Felda menyertai Himpunan Oren bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan khususnya dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di bursa Malaysia.
Mereka berarak dari Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan  memorandum kepada Yang di Pertuan Agong dan memohon campurtangan baginda.

Himpunan anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) itu diketuai Pengerusi Persatuan Peneroka Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman dan turut disertai aktivis dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Kelihatan hadir ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Ketua Penerangannya, Tuan Ibrahim Tuan Man, dan pimpinan KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin.
Dalam perarakan  kira-kira jam 2.20 petang tadi,  peserta yang berpakaian jingga itu melaungkan slogan ‘Pecat Isa Samad’,  ‘Bebas Peneroka dan ‘Hancur Najib’.
Sepasukan anggota polis kemudian bertindak menyekat mereka di persimpangan Jalan Dutamas 1 – Jalan Sri Hartamas 1.
Sekatan itu adalah  2 kilometer dari Istana Negara dan bukan 600 meter seperti yang telah dirundingkan dengan pihak polis semalam.
Pimpinan yang hadir  bagaimanapun meneruskan ucapan mereka  kepada peserta himpunan di situ.
Kira-kira jam 3 petang, sebuah kenderaan Istana Negara tiba ke kawasan itu dan menjemput lima wakil kumpulan berkenaan.
Mereka terdiri daripada Mohamad Sabu,  Mazlan Aliman, Pimpinan Umno, Tamrin Ghafar, Dr Rosli Yaacop, wakil peneroka, Tanggam dan Siti Halijah Mohamad.
Memorandum yang disampaikan kepada Yang di Pertuan Agong, antara lain menuntut pemecatan Tan Sri Isa Samad selaku Pengerusi Felda, membatalkan pinjaman bank peneroka, membatalkan cagaran tanah Felda Plantation, menyelesaikan tuntutan dan hutang peneroka, melindungi tanah peneroka,
Menjamin kepentingan masa depan generasi peneroka, dan membatalkan Felda Plantation serta membuka rancangan baru kepada anak peneroka.
Felda Global issued a price range of 4.00-4.65 ringgit per share for the sale of 2.19 billion shares, it said. Institutional subscription will close on Wednesday and an announcement on the pricing is expected to be made later in ...
NGO berkaitan PAS - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) - akan mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 14 Julai bagi memohon campurtangan Yang di-Pertuan Agong dalam penyenaraian ...
Perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki ...
Kerajaan Rakyat yakin selepas tersenarai FELDA Global Ventures di Bursa Saham, lebih banyak cincin, gelang dan batu permata yang wajib dibeli olih isteri kesayangan Datuk SeriNajib Razak. The US$6 million (S$7.6 ...

No comments:

Posting Terkini