Pages

Sunday, June 10, 2012

Sam D'Lloyd meninggal dunia akibat barah paru-paru

JAKARTA: Vokalis kumpulan D'Lloyd, yang terkenal dalam tahun-tahun 1970-an, Saymsuar Hasyim atau Sam, meninggal dunia pada 7.15 pagi semalam.
Menurut sahabat baiknya, yang juga anggota kumpulan D'Lloyd, Bartje Van Houten, Allahyarham, 64 tahun, meninggal dunia akibat penyakit jantung dan barah paru-paru yang dihadapinya sebelum ini.
"Sakit jantung dan barah paru-paru adalah punca kematian Allahyarham. Pemergiannya adalah satu kehilangan buat industri muzik Indonesia," ujarnya, yang ditukil laman berita mStar Online.
Menurut isteri Bartje, Titiek Bartje Van Houten, yang mengirimkan mesej menerusi khidmat pesanan ringkas kepada media Indonesia, Allahyarham meninggal dunia di Rumah Sakit Islam Cempaka Putih.
Laman media Tempo melaporkan jenazah Allahyarham telah dibawa ke rumahnya di Jalan Kalibaru Timur, Pasar Senen.
Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Kusir, Jakarta.
Antara lagu popular kumpulan itu adalah seperti Keagungan Tuhan, Tak Mungkin, Oh Di Mana, Karena Nenek, Semalam di Malaysia dan banyak lagi.
Selain Sam sebagai penyanyi utama dan Bartje sebagai pemain gitar utama dan ketua kumpulan, kumpulan D'Lloyd turut dianggotai Andre Kasiman Gultom sebagai pemain flut dan saksofon; Chaerul Daud sebagai pemain dram; Budiman Palunggun bermain keyboard; Sangkan Panggabean bermain gitar bes dan Yustian sebagai pemain gitar kedua.
Kumpulan itu bukan sahaja popular di Indonesia, malah di Singapura, Malaysia dan Brunei Darussalam.
Pada tahun 2005, Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita Singapura, Cik Noraini Salim.
Namun, difahamkan perkahwinan mereka tidak bertahan lama.

No comments:

Posting Terkini