Pages

Wednesday, May 9, 2012

Fitnah lucah jadi modus operandi Utusan, TV3 pertahan Umno

KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia dan TV3 menggunakan modus operandi hina dan tidak bermaruah apabila menyiar berita fitnah dan lucah yang tidak disahkan kesahihannya.
Presiden Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Saifuddin Shafi Muhammad kesal kerana media itu menjadi ‘pelaburan’ Umno untuk menghadapi kemarahan rakyat terhadap kegagalan pentadbiran mereka.
Beliau menyifatkan modus operandi itu digunakan bagi menganggu tumpuan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dalam memimpin jentera pilihan raya KEADILAN.
“Utusan DAN TV3 semakin tidak bermaruah apabila mengheret ibu  Azmin bagi melaga-lagakan keharmonian keluarga mereka.

“AIC juga mempersoal tanggungjawab Utusan sebagai akhbar yang sanggup menggadaikan daya fikir anak muda dengan menyiar berita yang belum sahih.
“Utusan dan Buletin Utama boleh terus menyalak tetapi sedarlah salakan media ini tidak lagi memberi impak kepada rakyat,” katanya yang percaya kebiadapan itu sudah sampai kepada noktahnya.
Melalui kenyataan media, Saifuddin berkata, AIC memandang tinggi kepada keampuhan semangat dan iltizam politik Azmin meskipun diheret ke kancah politik fitnah dan lucah.
“Anak muda pasti memandang tinggi komitmen Azmin dan menghumban budaya fitnah serta lucah,  sekaligus menguburkan Umno BN,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30098

No comments:

Posting Terkini