Pages

Monday, February 20, 2012

Saintis mahu kaji dakwaan ada piramid di Jawa Barat



JAKARTA: Sepasukan saintis sedang berusaha melakukan penyelidikan mengenai desas-desus bahawa terdapat piramid di Gunung Sadahurip dan Gunung Padang di Cianjur, Jawa Barat.

Seorang Pegawai khas presiden dalam pengurusan bencana dan hal ehwal sosial, Encik Andi Arief, berkata bahawa beliau telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan mengenai isu itu pada Jumaat lalu.

'Saya berharap dapat meyakinkan tiga orang menteri negara ini untuk menyokong usaha kumpulan saintis berkenaan,' katanya.

Mesyuarat itu dihadiri ahli Pasukan Kajian Bencana Purba, yang diketuai seorang ahli seismologi, Encik Danny Hilman, dan wakil daripada kementerian pelancongan, teknologi dan penyelidikan serta kebudayaan dan pendidikan.


Encik Andi berkata mesyuarat tidak rasmi turut diadakan antara pasukan itu dengan pegawai daripada Kementerian Pelancongan.

Kementerian berkenaan akan membawa pakar, peralatan dan dana untuk membantu projek berkenaan.

Penemuan piramid di Indonesia, kata Encik Hilman, akan menulis semula sejarah di kepulauan berkenaan dan mungkin juga di dunia.

'Kita boleh buktikan bahawa tamadun purba kita lebih maju berbanding apa yang dipercayai sebelum ini, malah lebih lama daripada Majapahit,' kata beliau, merujuk kepada satu daripada kerajaan purba dan terbesar Indonesia yang diketahui.

Timbalan Menteri Teknologi dan Penyelidikan Indonesia, Encik Teguh Rahardji, berkata pejabat beliau akan melihat perkara itu sebelum memutuskan sama ada akan terbabit atau tidak.

'Kami menyokong penyelidikan seperti ini,' katanya.

Pasukan saintis tersebut pada awalnya mahu melakukan penyelidikan geologi dan bukan mencari pyramid, jelas Encik Andi.

Beliau berkata bahawa idea untuk mencari piramid kitu datang selepas sebuah syarikat pelancongan, Geotrek Indonesia, menyifatkan bahawa Gunung Sadahurip di daerah Garut kelihatan terlalu berbentuk piramid berbanding bentuk semula jadi.

Namun, tidak semua orang percayakan teori piramid terbabit.

Seorang ahli geologi daripada Persatuan Pakar Geologi Indonesia, Encik Sujatmiko, umpamanya, menyangkakan pendapat bahawa Gunung Sadahurip terlalu berbentuk piramid untuk berlaku secara semula jadi.

Begitu juga dengan Pemangku Ketua Pengarah Kementerian Pelancongan, Encik Gde Pitana, pula berkata bahawa tanggapan sejarah Indonesia mungkin termasuk piramid adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Terdapat sangat banyak gunung di negara itu dan tidak perlu lagi dibina struktur tinggi bagi tujuan penyembahan, katanya. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini