Pages

Monday, February 20, 2012

Pertunjukan udara Singapura pikat 145,000 (Foto)



PERTUNJUKAN Udara Singapura 2012 di Pusat Pameran Changi menutup tirainya semalam setelah menarik kira-kira 145,000 pengunjung sejak Selasa lalu.

Jumlah itu termasuk sekitar 100,000 orang awam hujung minggu lalu. Pengunjung antara lain menyaksikan aksi hebat pesawat angkatan udara Singapura, Malaysia, Amerika Syarikat dan Australia.

Urusniaga yang dimeterai syarikat perdagangan sempena pertunjukan itu sekitar AS$31 bilion ($39 bilion), berbanding AS$10 bilion pada 2010.

Pertunjukan itu akan diadakan lagi pada Februari 2014.

No comments:

Posting Terkini