Perkasa dilihat jelas berniat dari awal ingin menimbulkan huru-hara dan bukan untuk menyatakan pendirian mereka. Polis sepatutnya sudah boleh mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali tetapi polis buat macam tidak perduli. Peliklah polis ni, double standard betul dalam menjalankan tugas.
Angkatan Muda KEADILAN (AMK), menyelar kenyataan Presiden Perkasa yang mahu menyekat perhimpunan ‘Bebaskan Anwar 901′ pada Isnin depan, kata Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Menurut Shamsul, meskipun Perkasa mempunyai hak berhimpun, namun niat Datuk Ibrahim Ali itu secara jelas mahu menimbulkan kekecohan pada hari berkenaan.
“Perkasa dilihat jelas berniat dari awal ingin menimbulkan huru-hara dan bukan untuk menyatakan pendirian mereka. Kita tidak nafikan hak mereka berhimpun tapi jangan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan dan jahat,” tegas beliau.
Dengan kenyataan ugutan terbuka ini, katanya, polis sepatutnya sudah boleh mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali tanpa menunggu sebarang laporan dibuat terhadap Ahli Parlimen Pasir Mas itu.
“Kita (KEADILAN dan Pakatan Rakyat) sememangnya sudah memberi jaminan untuk berhimpun secara aman tetapi kini Perkasa yang membuat kenyataan seolah-olah ingin membuat huru-hara,” kata Shamsul.
Perkasa dan 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berikrar akan menyekat perhimpunan aman anjuran Pakatan Rakyat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin ini.
Pada himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, Ibrahim juga mengancam untuk mengadakan demontrasi, sebelum membatalkan hasrat itu di saat akhir atas alasan tidak mahu pertumpahan darah di kalangan orang-orang Melayu.
No comments:
Post a Comment