Pages

Thursday, November 10, 2011

Pertemuan Najib-Mubarak tidak sentuh isu pilihan raya

PETALING JAYA: Tidak ada taklimat mengenai pilihan raya umum (PRU 13) daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada anggota veteran Umno, kata Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak).
Seorang AJK Mubarak, Datuk Othman Abdul berkata, bagaimanapun perdana menteri menyentuh mengenai kepentingan Barisan Nasional (BN) mempunyai calon terbaik.
“Beliau (Najib) tidak sebut langsung atau memberi gambaran bilakah PRU 13 akan diadakan. Soal itu (parlimen dibubarkan) dia tidak kata langsung,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Othman berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang mengatakan perdana menteri mengadakan perjumpaan dengan bekas wakil rakyat BN itu untuk mendapatkan pandangan sebelum membubarkan parlimen.
Menurut Othman, Najib ada memberitahu bahawa BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya pada PRU ke 13 asalkan calon berkenaan boleh menang. Najib juga memberitahu bahawa PRU 13 sebagai sengit.
Kata Othman, kriteria calon boleh menang merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat.
“Kesimpulannya, calon boleh menang,” kata Othman sambil menambah kira-kira 400 ahli Mubarak menghadiri perjumpaan dari jam 11.30 pagi hingga 1 tengah hari pada hari itu.

No comments:

Posting Terkini