Pages

Friday, November 25, 2011

Azmin dakwa PKR dihalang berceramah di Johor

Kongres PKR l Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa permit untuk siri ceramah yang dirancang untuk diadakan sepanjang tiga hari di Johor telah dibatalkan.

Malah, pihak berkuasa tempatan di negeri itu juga didakwa telah diarahkan untuk bertindak keras ke atas penganjuran ceramah berkenaan, kata Azmin lagi.

Azmin mendakwa, arahan berkenaan telah dikeluarkan sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Arahan berkenaan termasuk untuk merampas semua bendera yang telah dipasang di kawasan ceramah sejak beberapa hari lalu.

"Mereka juga diarah untuk bekerjasama dengan pihak polis untuk membatalkan semua permit.

"Ada beberapa kawasan telah mendapat permit untuk adakan ceramah, tapi pada saat akhir polis telah membatalkan semua permit yang dikeluarkan, katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasat di kongres berkenaan hari ini, Azmin berkata PKR bagaimanapun akan meneruskan program ceramahnya.

PKR merancang untuk mengadakan 15 hingga 20 ceramah setiap malam di lokasi terpilih di serata negeri itu, sehingga kongres berakhir pada Ahad.

No comments:

Posting Terkini