Pages

Saturday, September 3, 2011

Laporan PBB: Israel bertindak berlebihan atas kapal tujui Gaza


NEW YORK: Satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sekian lama dinantikan mengenai serangan Israel ke atas sebuah kapal menuju ke Gaza, yang meragut nyawa sembilan rakyat Turkey, mengisytiharkan bahawa tindakan tentera laut Israel menghalang kapal itu daripada menuju ke Jaluran Gaza adalah sah.

Ia bagaimanapun menetapkan bahawa negara Yahudi itu telah menggunakan kekerasan yang tidak munasabah dalam serangan tersebut.

Laporan itu, yang disiarkan kepada awam awal semalam, berkata komando-komando Israel menghadapi 'tentangan tersusun dan ganas daripada sekumpulan penumpang' dalam insiden itu pada tahun lalu.

Namun, dalam kritikannya terhadap Israel, ia berkata Israel telah menggunakan kekerasan berlebihan ke atas kapal Mavi Marmara, kapal terbesar dalam kumpulan enam kapal yang sedang menghantar bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza.


Ulasan yang telah dipengaruhi oleh wakil Israel dan Turkey yang mewakili panel empat orang yang menulis laporan itu berkata mereka tidak bersetuju dengan dapatan utamanya.

Anggota panel dari Turkey mengecualikan dirinya daripada beberapa kesimpulan yang dibuat dalam laporan tersebut.Israel pula menyifatkan pengepungannya di Gaza sebagai satu langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan senjata dikirimkan kepada kumpulan Hamas dan beberapa gerila Palestin lain melalui laluan laut.

Sebaliknya, rakyat Palestin dan para penyokongnya berkata pengepungan itu adalah satu hukuman secara kolektif yang tidak sah, satu pandangan yang turut dikongsi oleh beberapa pegawai PBB.

Laporan itu, yang disediakan oleh satu panel yang diketuai oleh mantan perdana menteri New Zealand, Encik Geoffrey Palmer, dijangka diserahkan secara rasmi kepada Setiausaha Agung PBB, Encik Ban Ki-moon, lewat malam tadi, dan dikeluarkan selepas itu.

Namun, akhbar The New York Times (NYT) telah menyiarkannya di laman webnya awal semalam berikutan daripada satu salinan laporan berkenaan yang diperolehinya. -- Reuters.



No comments:

Posting Terkini