Pages

Saturday, September 3, 2011

166 maut dalam nahas musim Raya


KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 lagi kematian dicatatkan di seluruh Malaysia pada Hari Raya pertama dan kedua, menjadikan keseluruhannya 166 orang yang maut akibat nahas di jalan raya dalam tempoh sembilan hari Ops Sikap ke-24 yang dilancarkan sempena Aidilfitri, menurut sebuah akhbar harian setempat.

Paling menyedihkan, daripada 15 kematian dilaporkan pada Hari Raya pertama, kesemuanya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal, menjadikan 23 penunggang dan pembonceng terbunuh dalam tempoh tiga hari lalu.

Malah, daripada 166 kematian sejak sembilan hari lalu, 104 adalah penunggang dan pembonceng motosikal, kata satu laporan akhbar Berita Harian Malaysia (BHM), semalam.


Keseluruhannya, 2,016 kemalangan dilaporkan berlaku pada Hari Raya pertama dan kedua, dengan yang tertinggi dicatatkan di Jalan Persekutuan membabitkan 720 kes, diikuti Jalan Bandaran 609, Jalan Negeri 388, lebuh raya 180 dan lain-lain jalan 119.

Dalam tempoh sama, 9,132 saman trafik dikeluarkan bagi pelbagai jenis kesalahan lalu lintas.

Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melahirkan rasa sedihnya dengan kenaikan jumlah kematian dan kemalangan jalan raya setiap kali sambutan perayaan, terutamanya di jalan negeri dan jalan bandaran walaupun pelbagai kempen keselamatan telah dijalankan.



No comments:

Posting Terkini