Pages

Friday, August 12, 2011

Wanita berburka lakukan serangan nekad


PESHAWAR: Seorang pengebom nekad wanita yang berpakaian burka menyerang polis di tempat kejadian satu letupan awal daripada itu di barat laut Pakistan, semalam.

Letupan kembar itu membunuh lima orang dan memecahkan suasana agak tenang di negara yang sering bergolak dengan keganasan pihak militan itu sejak dua bulan lalu.

Dalam insiden pertama semalam, sebuah bom yang dikawal dari jarak jauh meletup di kawasan Pintu Gerbang Lahori di Peshawar, sedang sebuah trak polis yang membawa para konstabel polis yang baru memulakan tugas syif mereka melalui kawasan itu.

Empat pegawai polis dan seorang budak lelaki terbunuh, manakala 22 lagi cedera.


Sejam kemudian, dua wanita mendekati kawasan kawalan polis di kawasan itu.

Salah seorang wanita itu membaling bom tangan, kemudian meletupkan anak bajunya yang berisi bahan letupan, kata Encik Shafqat Malik, seorang pegawai polis dengan unit pemusnah bom.

Pengebom nekad wanita itu kelihatan berusia lingkungan 16 atau 17 tahun, kata beliau lagi. -- AP.




No comments:

Posting Terkini