Pages

Friday, August 12, 2011

Beza pengundi tulen, pengundi hantu


PETALING JAYA:  Pemuda PAS mendakwa mendapat bukti terdapat unsur-unsur manipulasi dalam pilihan raya yang membabitkan Umno, kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda,  Suhaizan Kaiat.
Beliau memberi contoh  tiga individuyang didaftarkan sebagai pengundi  cuma dibezakan dengan 2 digit nombor kad pengenalan.
Beliau berkata, Mohd Bahar Omar hanya dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 dua digit terakhir kad pengenalan.
“Mohd Bahar yang mempunyai nombor kad pengenalan 800105025489  adalah ahli Pemuda Umno Jalan Junjung dalam parlimen Kulim-Bandar Baru.

“Manakala seorang lagi Mohd Bahar yang mempunyai kad pengenalan 800105025459  adalah pengundi hantu,” katanya.
Suhaizan yang juga ketua Pemuda PAS Johor berkata, turut mendedahkan dua lagi identiti  yang didakwa mempuntai dua kad pengenalan hampir sama.
Faten Diana Hassan dari Tumpat Kelantan juga mempunyai kad pengenalan dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di digit ke empat nombor kad pengenalan mereka.
Beliau yang memegang kad pengenalan bernombor 810822035400dakwa Suhaizan adalah ahli Puteri Umno bahagian Tumpat.

Pengundi hantu
Manakala identiti kedua menggunakan nama yang sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan 810522035400  adalah pengundi hantu.
“Dua identiti yang menggunakan nama  Sharina Mat Arif  hanyalah dibezakan dengan nombor 7 dan nombor 9 di digit ke enam nombor kad pengenalan mereka.
“Identiti  yang mempunyai nombor kad pengenalan  800727095094  adalah ahli Umno DUN  Santan dalam Parlimen Padang Besar.
“Identiti kedua Sharina  yang mempunyai nombor kad pengenalan 800729095094 adalah pengundi hantu,” tambahnya.
Menurut Suhaizan,  berkemungkinan mereka boleh menggundi dua kali dengan menyakinkan Ketua Tempat mengundi (KTM) menggunakan keadah-keadah berikut :
  • Menggunakan kad pengenalan palsu atau;
  • Menggunakan lesen kenderaan palsu atau;
  • Menggunakan kad pengenalan asli tetapi tetap dibenarkan menggundi kerana kesalahan kecil atau ;
  • Menggunakan borang 11 untuk membuat akuan diri atau
  • Mengunakan keadah-keadah yang difikirkan sesuai ditempat mengundi.

No comments:

Posting Terkini