
Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim (gambar kanan) berkata tindakan seterusnya akan diambil selepas menerima laporan JAIS yang juga akan dipersembahkankepada DYMM Sultan Selangor.
"Sebaik menerima laporan JAIS saya akan mengadap DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat nasihat dalam menyelesaikan isu ini serta memastikan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi," kata Menteri Besar.
Sehingga tindakan ini diambil dan isu diselesaikan, semua ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dilarang dari membuat sebarang kenyataan berkenaan isu ini.
"Seperti yang kami katakan semalam kami kesal dengan kejadian tersebut. Kerajaan Negeri yakin rakyat Selangor tidak rasa terbela dengan kejadian tersebut.
"Niat dan tujuan yang baik tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan dalam memimpin masyarakat," kata beliau lagi.
Beliau juga menyeru rakyat meneruskan semangat keharmonian, hormat-menghormati dan tolerasi antara agama yang telah wujud sejak sekian lama di negara ini.
*Kenyataan daripada sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar Selangor.
No comments:
Post a Comment