Pages

Saturday, August 6, 2011

Krisis hutang Eropah: Ekonomi M’sia tidak terjejas


KEPALA BATAS: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin ekonomi Malaysia tidak akan terjejas dengan krisis hutang Eropah dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Beliau berkata Malaysia masih mampu mempertahankan kedudukan ekonominya ekoran kebergantungan kepada ekonomi Asia seperti China dan India.
Katanya negara juga dijangka mampu berhadapan dengan situasi semasa itu kerana tidak mempunyai pendedahan terus.
“Kekukuhan asas ekonomi Malaysia yang didorong oleh permintaan domestik akan menjadi penampan bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan ekonomi global.

“Kita juga bernasib baik kerana mempunyai perdagangan dengan China dan India yang merupakan gergasi ekonomi dunia,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal di Parlimen Tasek Gelugor di sini hari ini.
Nor Mohamed yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejatuhan pasaran saham Asia berikutan kebimbangan keadaan ekonomi di AS dan Eropah.
Menteri itu berkata, beliau percaya masalah yang berlaku di negara-negara maju itu tidak akan menyebabkan dunia terjebak dalam kemelesetan ekonomi secara berganda.
“Eropah sedang bertungkus-lumus menyelesaikan krisis hutang dan AS pula masih mampu mencatatkan pertumbuhan tetapi pada kadar yang cukup perlahan,” katanya.
Beliau berkata pertumbuhan perlahan di AS disebabkan oleh kadar pengangguran yang cukup tinggi iaitu 17 peratus.
Katanya AS kini berhadapan dengan situasi yang amat mencabar dan masalah pengangguran menjadi ancaman kepada kuasa besar ekonomi itu.
- Bernama




No comments:

Posting Terkini