Pages

Monday, August 8, 2011

PAS mahu temui gereja, Jais


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini memutuskan untuk menemui pihak Gereja Methodist Damansara Utama dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk mendapatkan maklumat lengkap berhubung isu ‘serbuan’ gereja itu Rabu lalu.
“Kami tidak boleh membuat kenyataan sebelum mendapat penjelasan dari pihak gereja dan Jais. Datuk Dr Hasan Ali telah memberi penjelasan kepada pimpinan PAS hari ini tetapi itu tidak cukup.”
Demikian ditegaskan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti, di Jalan Raja Laut petang tadi.

Menurutnya, Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) akan mengatur pertemuan dengan pihak gereja dan Jais.
Dr Hasan katanya, kekal menjalankan tugas exco agama kerajaan negeri Selangor.
Hadir sama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, dua timbalan Salahuddin Ayub dan Dato’ Mahfuz Omar serta Mustafa.
Isu serbuan Jais ke atas gereja tersebut bertukar menjadi kontroversi kerana dipertikaikan pelbagai pihak termasuk pemimpin PAS Selangor sendiri.
Hadi juga menegaskan PAS menyerahkan Kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim untuk bertemu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah.
Kelmarin Khalid berkata beliau akan bertemu Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat dalam mencari penyelesaian isu tersebut.
Presiden PAS berkata, “kita tidak ada masalah dengan kerajaan negeri Selangor. Kita adalah sebahagian kerajaan negeri.
PAS bergabung dengan PKR dan DAP untuk membentuk kerajaan negeri setelah memenangi pilihan raya umum 2008.




No comments:

Posting Terkini