Pages

Tuesday, August 9, 2011

Kemuka bukti PR jadi pengundi kepada SPR


KUALA LUMPUR:  Pakatan pembangkang perlu mengemukakan bukti-bukti dakwaan mereka bahawa terdapat sejumlah pemilih yang disenaraikan di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku kedua tahun ini, adalah berstatus Penduduk Tetap (PR), kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk disiasat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata ini kerana adalah mustahil untuk seseorang PR didaftarkan sebagai pengundi memandangkan mereka tidak mempunyai kad pengenalan berwarna biru.

“Saya tidak tahu bagaimana orang yang tiada kad pengenalan biru boleh menjadi pengundi, saya tidak jangka ia boleh berlaku kerana untuk mendaftar sebagai pengundi kena ada kad pengenalan biru, tetapi kalau mereka ada bukti bawalah kepada SPR untuk disiasat,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau menerima surat rasmi daripada beberapa Anggota Parlimen pembangkang yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan isu tersebut.
Mohamed Nazri berkata pada umumnya, seseorang itu boleh memohon menjadi PR iaitu pemegang kad pengenalan merah setelah tinggal di Malaysia selama 12 tahun mengikut prosedur yang ditetapkan.



1 comment:

Pak Oncu said...

Bangkai ni dah terlalu banyak makan tahi palat bini dia ni,,, tu pasal nak bukti nak bukti nak bukti,,,,,,,,,,

Posting Terkini