Pages

Tuesday, August 2, 2011

Firma AS Dipilih Laksana Projek Sungai nadi Kehidupan


Firma AS Dipilih Laksana Projek Sungai nadi KehidupanSebuah firma kejuruteraan dan seni bina yang berpangkalan di Amerika Syarikat, AECOM, dipilih untuk melaksanakan projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL) membabitkan kos kira-kira RM1 bilion yang turut merangkumi kerja-kerja pengindahan laluan sepanjang 10.7km di Koridor Sungai Klang dan Sungai Gombak.

Apabila siap, kawasan itu akan menawarkan kepada pengunjung pemandangan yang indah dan dilengkapi kemudahan asas seperti laluan basikal dan pejalan kaki, pusat jualan, gerai makanan serta tarikan lain.

Firma berkenaan dipilih sebagai pemenang oleh sekumpulan juri Pertandingan Perancangan Induk Antarabangsa RoL anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari 12 April hingga 15 Jun tahun ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata syarikat itu telah memenuhi sebahagian besar daripada kriteria yang ditetapkan oleh juri terdiri daripada sembilan peneraju industri tempatan dan antarabangsa.

"Pelan induk yang menang itu dipilih berdasarkan kecemerlangan dalam perancangan, seni bina, fungsian dan terma ekonomi," katanya selepas mengumumkan pemenang pertandingan itu di sini Isnin.

Sejumlah 22 firma reka bentuk dari dalam dan luar negara mengemukakan reka bentuk mereka yang bermatlamat ke arah memastikan pendekatan pengindahan yang holistik dalam inisiatif RoL.

Daripada 22 pelan induk yang dikemukakan, lima dipilih untuk mengambil bahagian dalam pertandingan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan seperti pengalaman dalam projek berkaitan sungai dan mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam industri berkenaan.

Empat lagi firma reka bentuk itu adalah Building Design Partnership dari United Kingdom, Korea Engineering Consultants Corporation dari Korea selain firma dari Malaysia iaitu TR Hamzah and Yeong, serta AJC Planning Consultants Sdn Bhd.

Ahmad Fuad, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bersama RoL (RoL-JDC), berkata AECOM akan bekerjasama dengan jawatankuasa berkenaan untuk merangka pelan induk akhir laluan itu selain cadangan terperinci bagi sama ada Presint 1 (Titiwangsa) atau Presint 7 (Masjid Jamek).

Laluan itu mempunyai sejumlah 11 presint.
 





- Bernama

No comments:

Posting Terkini