Pages

Friday, April 22, 2011

Yayasan Selangor lancar program usahawan baru

PETALING JAYA: Yayasan Selangor hari ini melancarkan program pembangunan pendidikan sepanjang hayat dan pembangunan ekonomi serta bekerjasama dengan pihak swasta bagi menyediakan peluang perniagaan kepada rakyat.
“Program ini membuka peluang untuk menjadi usahawan dan perunding muda,” kata Pengurus Kanan Modal Insan Yayasan Dr Kamal Kasan ketika menyampaikan taklimat kepada pegawai kanan Yayasan dan pihak media di sini pagi ini.

Program tesebut dilancarkan oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki.
Dr Kamal berkata, “sekurang-kurangnya 1,000 ejen berpeluang merekrut tidak kurang 15,000 pusat gerakan di seluruh negara. Mereka pula merekrut tidak kurang 30,000 projek usahawan dalam setiap komuniti dengan andaian setiap komuniti ada dua produk.
“Usahawan-usahawan yang menyertai program ini disasarkan mendapat pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan,” katanya.
Menurut beliau, syarikat swasta akan membiayai kos sebanyak RM3,000 bagi menganjurkan kursus keusahawanan ini yang dikendalikan oleh intitusi pengajian tinggi tempatan.
“Sementara pihak bank pula akan memberi pinjaman tanpa penjamin kepada usahawan terbabit setelah tamat latihan keusahawanan kelak,” katanya.

No comments:

Posting Terkini