Pages

Friday, April 22, 2011

DHPP minta kekalkan gandingan Hadi-Nasha

Warta Kerajaan Rakyat - PETALING JAYA: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat hari ini meminta ahli-ahli PAS mengekalkan gandingan pimpinan Presiden Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa pada pemilihan Muktamar Tahunan parti Jun depan.
Timbalan Pengerusi DHPP Pusat Balasubramaniam berkata, kami yakin gandingan Hadi dan Nasharuddin mampu membawa perubahan tatkala parti sedang menginjak ke usia 60 tahun penubuhannya.
“Tiada pemimpin lain yang mampu dan setanding yang dapat menggantikan kepimpinan Hadi sebagai Presiden PAS buat masa ini,” katanya ketika dihubungi wartawan.

Beliau berkata, “kami yakin beliau (Hadi) dari sudut kepimpinan adalah seorang yang layak. Beliau juga seorang pengaman dan membawa perubahan baru apabila tertubuhnya DHPP pada tahun lalu.
“Kalau dulu PAS hanya terbuka kepada orang Islam kini mereka beri ruang kepada orang bukan Islam untuk turut serta dalam parti ini.
PAS kini sudah ada kesedaran…..maka tiada orang lain mampu ganti Hadi,” tambahnya.
Mengenai kepimpinan timbalannya, beliau berkata, “Nasharuddin pula kurang publisiti ke atas beliau……namun itu tidak menidakkan kepimpinan beliau sebagai orang nombor dua selepas Hadi.
“Dua pemimpin ini sesuai untuk terus kekal dan berganding bahu sebagai presiden dan timbalan presiden bagi menerajui parti dalam menghadapi cabaran masa depan,” katanya.
Balasubramaniam berkata walaupun ahli-ahli dalam DHPP tidak terlibat dalam sebarang pencalonan dalam kepimpinan baru, namun beliau menasihati pimpinan agar menggunakan platform dalam Muktamar ini untuk membawa hala tuju parti ke arah lebih baik.
Beliau berkata “pemimpin PAS patut hindari diri mereka dari perebutan jawatan dalam parti walaupun saya tidak nampak perkara seperti ini berlaku.
“Orang-orang bukan Islam percaya dan menyokong kepimpinan sedia ada dalam PAS. Namun saya berharap agar pemilihan dalam Muktamar kali ini menggunakan cara yang baik dan jangan berebut jawatan,” ujar beliau.
Katanya, “namun ia terserah kepada ahli….jika ada keperluan untuk menukar pemimpin, maka ia perlu diganti. Cuma saya harap pimpinan PAS mampu membawa DHPP lebih jauh dan tidak abaikan kami seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional.
Hadi yang mula menerima kritikan ekoran kepimpinannya sebagai presiden PAS semalam mengalu-alukan calon-calon lain bagi mencabar beliau bagi jawatan nombor satu tersebut.
Dalam satu kenyataannya semalam, beliau berkata tindakan itu bagi membuktikan keterbukaan parti itu dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.
Hadi mengulas tindakan PAS Kawasan Bukit Bintang yang mencalonkan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa bagi mencabar Presiden PAS itu pada Muktamar PAS ke-57 pada Jun depan.

No comments:

Posting Terkini