Pages

Sunday, April 24, 2011

Permintaan Bukit Aman untuk ambil keterangan RPK di Bangkok

Warta Kerajaan Rakyat - KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) telah dipanggil memberi keterangan di Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand.
Khalid berkata keterangan itu diambil oleh pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman yang ditugaskan untuk bertemu RPK di negara itu.

Beliau berkata keterangan itu diambil selepas satu laporan polis yang dibuat oleh Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengenai pengakuan RPK bahawa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
“Kita yang meminta beliau untuk memberi keterangan dan beliau bersetuju untuk membantu pihak polis,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Walaubagaimanapun, Khalid berkata RPK tidak ditahan setelah memberi keterangan berkenaan.
“Tiada sebab untuk kita menahan beliau kerana beliau telah berikan kerjasama dalam memberi keterangan,” katanya.
Bernama

No comments:

Posting Terkini