Pages

Friday, April 22, 2011

Malaysia Baru bakal menyinsing pada PRU 13

KUALA LUMPUR, 22 April: Negara ini bakal menyaksikan menyinsingnya sebuah Malaysia Baru yang diimpikan semua pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.
AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, ini andainya Pakatan Rakyat mampu menggerakkan seluruh segmen rakyat, termasuk golongan akademik, profesional, pelbagai NGO, gologan remaja, wanita bahkan kakitangan awam dalam agenda melakar ‘perubahan besar’ mengeluarkan negara dari pelbagai krisis ekonomi, kebejatan sosial dan pertentangan perundangan-agama serta himpitan hidup akibat dari pengurusan tempang dan bobrok Barisan Nasional.

Mengenai pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang diadakan minggu lepas, beliau berkata dalam suasana Pakatan Rakyat yang tidak begitu terarah dan tersusun, ‘pendatang baru’ seperti PAS amat tidak dapat dibantu berbanding DAP yang telah lebih 30 tahun berkecimpung dalam kancah politik Sarawak.
“PAS masih mencari-cari sentuhannya. Namun ia permulaan yang baik. PAS kalah tipis di Beting Maro tetapi memenangi 10 dari 19 saluran di Dun tersebut,” tulis beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor di dalam blognya.
Menurutnya, PAS kini sedar kelemahan di kesemua kerusi yang ditandingi dan tahu faktor kritikal kejayaan (CSFs) untuk membuat perubahan nasibnya.
Dengan kata lain, jelasnya pendekatan dakwah PAS mesti digarap dengan strategi penerangan politik yang lebih berbisa.
Untuk kali ketiga penglibatan PAS dalam PRN Sarawak, beliau terpaksa mengakui bahawa strategi PAS kurang pantas untuk memposisi kedudukan dan keberadaannya dalam Pakatan sebagai teras mesej penerangannya, sekaligus terus berada bersama dengan agenda perubahan yang dipacu bersama rakan-rakan Pakatan.
“Meraih undi Melayu-Melanau, dalam keadaan PRN Sarawak adalah satu kerja yang maha sukar mentelahan PAS didakwa bersama rakan-rakan Pakatan untuk menamatkan kuasa Melayu-PBB di Sarawak,” katanya.
Tambahnya, dalam suasana prejudis dan penuh kesangsian, faktor calon dan koalisi politik Pakatan mampu membantu tetapi tidak disudahi dengan baik.
Ringkasnya, kata beliau PAS masih boleh lagi memperbaiki prestasinya dengan lebih baik dalam PRU ke-13.
Namun, ujarnya PAS tidak boleh mengulangi sikap lama tetapi mesti memunggahkan seluruh sumber dan peluang untuk memantapkan lagi posisi dan persepsinya di kaca mata orang Melayu-Islam bukan sahaja orang Sarawak, bahkan seluruh Persekutuan Malaysia.
Menurutnya lagi, di kacamata segmen bukan Melayu-bukan Islam, kedudukan PAS semakin kukuh.
Beliau penuh keyakinan, Pakatan Rakyat bersedia dalam satu pendekatan grand coalition untuk membuat kejutan lebih besar dalam PRU ke-13 akan datang. - Harakah

No comments:

Posting Terkini