Pages

Monday, April 25, 2011

Kit Siang : Cadangan Penggabungan DAP-SNAP Masih Dibincangkan

SIBU 24 APRIL : Cadangan penggabungan antara DAP dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) masih di peringkat awal perbincangan, kata penasihat DAP, Lim Kit Siang. 

Beliau berkata, ia tidak sepatutnya dilihat sebagai satu ancaman kepada perpaduan pakatan pembangkang tetapi bagi menggalakkan pertumbuhan, sokongan dan kekuatan bukan sahaja di negeri ini tetapi juga di seluruh negara.

"Cadangan itu adalah demi kepentingan pakatan pembangkang dan bukan satu penentangan terhadapnya.


"Kepimpinan DAP Sarawak masih meneliti idea ini lebih lanjut. Ia tidak akan diteruskan jika pimpinan SNAP menentangnya," katanya di sini, hari ini selepas bedah siasat parti mengenai pilihan raya negeri. 

Lim juga berkata, bahawa kemenangan DAP di 12 kerusi pada pilihan raya negeri 16 April lalu bukan atas sokongan kaum Cina sahaja tetapi daripada semua kaum. 

"Jika bukan kerana sokongan Bumiputera, ia agak sukar untuk memenangi kawasan pilihan raya seperti Batu Kawah, Meradong, Kidurong, Kota Sentosa, Repok, Piasau dan Dudong. 

Mereka memainkan peranan penting dalam kejayaan kita iaitu bagi semua orang Sarawak," katanya. 

Pengerusi DAP negeri, Wong Ho Leng berkata, satu mesyuarat antara DAP, PKR dan PAS akan diadakan pada 1 Mei jam 2 petang di Kuching bagi membincangkan lebih lanjut mengenai penggabungan itu. - BERNAMA 

No comments:

Posting Terkini