Pages

Thursday, April 21, 2011

Kalau dah terdesak sanggup curi wang dari mayat


KAJANG: Terdesak untuk mendapatkan wang, apa saja boleh dilakukan termasuk mencuri barangan berharga dan wang tunai daripada mayat yang baru dikebumikan.

Ini yang berlaku terhadap mayat seorang lelaki yang dikebumikan lebih seminggu lalu di Tanah Perkuburan Kristian, Sungai Chua, di sini, apabila kuburnya digali semula pihak tidak bertanggungjawab, pagi kelmarin.

Mayat berkenaan dibiarkan begitu sahaja tanpa ditanam semula selepas jam tangan dan wang tunai RM50 ($20) yang dikebumikan bersama mayat itu dicuri.


Kejadian itu disedari sekumpulan lelaki yang mahu menjalankan kerja membina kubur di kawasan itu, sekitar 8 pagi kelmarin.

Seorang daripada pekerja itu, yang mahu dikenali sebagai Encik Ah Heng, 45 tahun, berkata beliau dan rakannya baru tiba di tanah perkuburan itu untuk menyambung kerja mereka.

'Saya pelik apabila mendapati satu daripada puluhan kubur di kawasan itu mempunyai kesan seperti baru digali.'Saya beranikan diri mendekati kubur itu dan mendapati mayat seorang lelaki dibiarkan begitu saja,' kata Encik Ah Heng.Beliau kemudian ke rumah waris lelaki itu dan memaklumkan kejadian berkenaan kepada isterinya, sebelum mereka menghubungi polis.

'Isteri mangsa memaklumkan bahawa mayat suaminya dikebumikan bersama-sama seutas jam tangan berjenama dan wang tunai RM50 yang dimasukkan ke dalam saku seluarnya,' kata Encik Ah Heng.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Timbalan Superintenden Mohd Rozi Bidin, berkata polis masih menjalankan siasatan dan tiada tangkapan dibuat sejauh ini. -- Harian Metro.

No comments:

Posting Terkini