Pages

Monday, April 25, 2011

Fitnah 2: Mahkamah dijangka dengar penggulungan hujah


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dijangka mendengar hujah penggulungan daripada pendakwa dan peguam bela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim,  dalam kes Fitnah II.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan membuat keputusan samada pendakwa raya mempunyai kes prima facie dalam kes ini.

Seandainya tiada, kes ini akan digugurkan dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dipanggil membela diri.
Namun, seandainya Anwar diminta membela diri, pasukan peguamnya akan memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya sebagai saksi kerana mereka pernah ditemubual  oleh pegawai penyiasat kes ini, DSP Jude Pereira.
Pendakwa raya berhadapan dengan situasi yang sukar dalam kes ini kerana terdapat beberapa keraguan yang nyata dalam pembentangan kes mereka sebelum ini.
Pertama, keputusan ujian makmal menunjukkan terdapat kemungkinan air mani lebih daripada seorang lelaki berada pada kawasan dubur Saiful sewaktu dia diperiksa doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Perkara itu dibangkitkan Ram Karpal Singh sewaktu beliau menyoal balas ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong.
Malah, Saiful Bukhari sendiri sebelum ke HKL untuk diperiksa telah terlebih dahulu ke Hospital Pusrawi. Doktor di Pusrawi, Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, mendapati dubur Saiful ditusuk dengan plastik keras namun ia dinafikan Saiful.
Ketiga, kesan air mani yang ditemui pada seluar dalam Saiful juga ditemui pada bahagian hadapan seluar dalam, dan bukannya pada bahagian belakang seluar dalam jika benar dia diliwat.
Lebih meragukan lagi, seorang lagi ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon memberitahu mahkamah sebelum ini yang dia diarahkan sendiri oleh Ketua Pengarah jabatannya pada masa itu melakukan ujikaji kimia, berbeza dengan tugas rutinnya yang tidak memerlukan arahan dari pihak atasan untuk berbuat demikian.
Pegawai penyiasat kes ini, DSP Jude Pereira juga didapati gagal mengendalikan bahan bukti dengan baik apabila membawanya pulang ke pejabat dan menyimpannya di dalam peti besi peribadi beliau dan bukannya di dalam peti sejuk seperti diarahkan ahli kimia.
Penghujahan dijadual bermula jam 9 pagi esok dan KeadilanDailiy.com akan melaporkan secara langsung dari mahkamah seperti biasa.

No comments:

Posting Terkini