Pages

Monday, January 17, 2011

Sekilas Dunia


Petempatan baru Yahudi bakal dibina
BAITULMAKDIS: Satu projek pembinaan petempatan Yahudi yang besar di Timur Baitulmakdis dijangka diluluskan dalam tempoh beberapa hari mendatang.

Projek itu melibatkan pembinaan 1,400 rumah di daerah Gilo.

Rundingan damai di antara Israel dengan Palestin kini buntu ekoran keengganan Israel membekukan pembinaan petempatan Yahudi di Tebing Barat dan Timur Baitulmakdis. -- AFP.



Selebriti tunai janji muncul dengan coli laserJAKARTA: Selebriti kontroversi, Julia Perez, yang gagal muncul dengan coli laser dalam perlawanan akhir pusingan kedua Piala Suzuki antara Indonesia dengan Malaysia beberapa minggu lalu, akhirnya menunaikan janjinya berbuat demikian ketika menyanyi di sebuah kafe Jumaat lalu.

Laman berita Okezone melaporkan, Julia mengenakan pakaian seksi dengan coli yang mengeluarkan cahaya merah yang menyilaukan. Beberapa penonton menghulurkan wang kepada pelakon filem Hantu Jamu Gendong itu, tetapi Julia enggan menerimanya. -- Agensi.


Gempa bumi gegarkan SumateraJAKARTA: Gempa bumi dengan kekuatan 5.5 pada skala Richter menggegarkan Sumatera, Indonesia, lewat kelmarin.Tiada amaran tsunami dalam gempa dengan kedalaman 24 kilometer sekitar 285 kilometer barat Sibolga itu.Gempa itu dilaporkan berlaku pada 11.26 malam (waktu tempatan). -- AFP.

No comments:

Posting Terkini