Pages

Sunday, January 23, 2011

PRK Tenang: Fitnah ‘Zina’ Tidak Berasas - Normala

LABIS: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman menegaskan bahawa dakwaan zina yang dilemparkan terhadapnya adalah tidak berasas sama sekali.
“Bukan satu perkara yang menghairankan kerana isu fitnah dan provokosi merupakan perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana PRK.
“Serangan peribadi ini sengaja dilakukan untuk melemahkan parti lawan sedangkan hakikatnya mereka membangkitkan isu yang tidak berasas dan tidak berlaku sama sekali,” katanya ketika ditemui di Markas PAS pada Sabtu.
Normala berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang dibuat di laman sosial Facebook yang menuduh beliau mempunyai skandal sebelum berkahwin dengan suaminya, Maarof Abdul Mutalib.

No comments:

Posting Terkini