Pages

Tuesday, January 18, 2011

PM Italy simpan sekurang-kurangnya 14 wanita


LONDON: Perdana Menteri Italy, Encik Silvio Berlusconi, yang sedang disiasat berhubung skandal seks dengan remaja dari Maghribi, dikatakan menyimpan sekurang-kurangnya 14 wanita muda 'glamor' lain di beberapa pangsapuri berpagar di luar Milan.

Akhbar The Independent melaporkan bahawa wanita-wanita jelita itu bukan sahaja tinggal di kediaman tersebut tanpa perlu membayar sewa, malah Encik Berlusconi memberi wang tunai yang banyak kepada mereka sebagai ganjaran bagi menyediakan perkhidmatan seks.



Wanita-wanita itu dipercayai ditempatkan di Milano Due, sebuah kompleks kediaman berpagar pertama di Italy, yang dibina oleh Encik Berlusconi ketika beliau menjadi pemaju hartanah muda pada 1970-an.

Kediaman itu dilengkapi dengan taman indah, tempat letak kereta bawah tanah, pasar raya, bar dan kemudahan lain. Ia menjadi lambang kemewahan paling menonjol di Milan ketika itu.

Apabila beliau menceburi industri penyiaran, Encik Berlusconi, 74 tahun, menjadikan tempat itu ibu pejabat bagi operasi stesen televisyennya, Mediaset.

Namun, sejak beberapa tahun lalu ia disyaki dijadikan ibu pejabat dan 'markas' bagi kegiatan seks itu.

Akhbar Corriere della Sera pula berkata kehadiran Encik Berlusconi di situ menjadi satu lagi tamparan yang mencemarkan imejnya sebagai perdana menteri, sedang beliau bersiap sedia semalam untuk membela diri terhadap dakwaan skandal seks yang boleh menggugat kerjaya politiknya.

Para pendakwa di Milan mahu Encik Berlusconi segera didakwa berhubung tuduhan beliau melakukan seksnya dengan seorang pelacur bawah umur.

Pelacur itu, Karima El Mahroug, yang juga seorang penari balet remaja dari Maghribi yang menggunakan nama 'Ruby Rubacuori', turut mendedahkan tentang kewujudan pangsapuri-pangsapuri itu. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini