Pages

Sunday, January 23, 2011

Beg Udara : Jangan Bebankan Pengguna,Kata Fomca

KUALA LUMPUR 23 JAN : Peraturan mewajibkan pemasangan beg udara bagi semua kenderaan mulai tahun depan wajar dilaksanakan kerana ia membawa kebaikan daripada aspek keselamatan tetapi ia tidak harus membebankan pengguna daripada segi kos, demikian menurut badan bukan kerajaan dan pengusaha pengangkutan awam.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Muhammad Shaani Abdullah berkata persatuan itu bimbang pelaksanaan pemasangan beg udara itu boleh mengakibatkan harga kenderaan baru meningkat.


"FOMCA sokong pelaksanaan (mesti ada) beg udara untuk mengurangkan kecederaan serius kepada pemandu dan penumpang kenderaan. Tapi kena dipastikan pemasangan beg udara tidak membebankan pengguna daripada segi kos pemasangannya," katanya.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha kelmarin mengumumkan bahawa semua kenderaan baru kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara mulai tahun depan.

Muhammad Shaani berkata kementerian perlu memastikan apabila peraturan itu dilaksanakan kelak, semua pusat servis kenderaan dapat menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan beg udara pada harga berpatutan.
Ini kerana beg udara memerlukan pemeriksaan berkala demi memastikan ia berfungsi secara sempurna dan tiada pusat khidmat servis yang memonopoli perkhidmatan berkenaan, katanya.

"Kementerian Pengangkutan perlu melakukan penyelidikan terlebih dahulu mengenai keberkesanan beg udara itu untuk jangka masa panjang kerana ia bukannya semudah pemasangan tali pinggang di bahagian penumpang di belakang," katanya lagi.

Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan dan Selangor Datuk Aslah Abdullah berkata kementerian harus memperincikan dan memperjelaskan kategori kenderaan yang diwajibkan untuk pemasangan beg udara.

"Adakah ia turut membabitkan kenderaan berat seperti lori dan kenderaan seperti pengangkutan awam membabitkan teksi dan bas? Beliau berkata pihaknya akan menyokong langkah itu sekiranya ia membabitkan teksi namun berharap ia tidak membebankan pengusaha teksi kerana mereka perlu membayar sewa teksi dan mempunyai tanggungan keluarga.

Seorang penjual kereta, Hamzan Husin berkata peraturan itu tepat pada masanya memandangkan jumlah kemalangan jalan raya yang meningkat di seluruh negara sejak beberapa tahun lalu. 

No comments:

Posting Terkini