Pages

Thursday, November 18, 2010

Tebang pokok:Ting tuntut RM7.5 juta

Ting Phek Khiing (gambar fail), salah seorang yang terkaya di Sarawak, sekali lagi menjadi sasaran kritikan kerana mengeluarkan bil tuntutan RM7.5 juta terhadap kerajaan negeri untuk bayaran kerja-kerja menebang 300 pokok di sepanjang Jalan Tun Jugah.


Penebangan pokok-pokok itu dilakukan secara senyap-senyap untuk membina jejambat yang tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan.

Setiausaha DAP Sarawak Chong Chien Jen mahu pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap Ting.

“Bagaimana boleh terjadi Ting menebang pokok-pokok itu apabila tidak ada kelulusan untuk membina jejambat di Jalan Tun Jugah?”

“Sekarang beliau mahu kerajaan negeri membayar RM7.5 juta, purata RM25,000 untuk sebatang pokok,” kata Ahli Parlimen Bandar Kuching itu.

Pihak berkuasa gagal bertindak


Ujar beliau, “pokok-pokok itu ditumbangkan hanya kerana Ting mahu menebang pokok-pokok itu. Keadaan menjadi lebih buruk kerana pihak berkuasa tidak boleh berbuat apa-apa.

“Walaupun beliau seorang yang kaya raya, pihak berkuasa harus melihat semua orang mempunyai hak sama rata di sisi undang-undang. Hanya kerana beliau seorang Tan Sri, tidak semesti beliau berada di atas undang-undang,” kata Chong.

Beliau memberi maklum balas terhadap item berita memetik James Chan, datuk bandar Bandar Kuching yang menolak dakwaan Chong bahawa majlis itu membelanjakan RM7.5 juta untuk menebang pokok-pokok tersebut.

“Kita tidak mempunyai wang sebanyak itu. Jika majlis mempunyai RM7.5 juta, saya akan menambaik bandar Kuching. Saya sentiasa bermimpi wang sebanyak itu, tapi wang itu tidak ada,” kata Chan.

Sebagai maklum balas, Chong berkata, “saya boleh menyediakan keratan akhbar di mana Ting mengakui kos sebanyak RM7.5 juta terlibat untuk menebang pokok-pokok itu.”

“Beliau boleh bertanya dengan kawan baiknya, Ting Phek Khiing,” kata Chong. “Siapa yang beri kuasa atau kelulusan untuk beliau menebang pokok-pokok itu? Sebagai datuk bandar, Chan harus bertanggungjawab.

Kata Chong, “dari apa yang saya tahu, kelulusan itu seharusnya datang daripada setiausaha kerajaan negeri.”

No comments:

Posting Terkini