Pages

Friday, March 4, 2011

BN akan menang besar di Merlimau

MERLIMAU: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri bin Yaacob yakin kemenangan besar akan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau ini.
Menurut beliau, melihat situasi rakyat di Dun Merlimau ini jelas bahawa mereka menolak pembangkang sekaligus akan memberi kemenangan kepada calon BN, Roslan Ahmad.
Ismail yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, selain dari faktor kewibawaan pemerintahan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, BN satu-satunya parti yang mampu membawa kemakmuran dan keamanan di negara ini.

Berbanding di Kelantan di mana rakyatnya miskin tegar yang besar, Ismail berkata perkara itu tidak berlaku di Melaka.
“Walaupun saya hanya turun dua hari di Merlimau, tapi kelihatan ‘mood’ orang ramai di mana-mana tempat, jelas mereka tolak pembangkang. Ini akan memberi kemenangan besar kepada BN.
Beliau berkata, “di Melaka kepercayaan kepada Ketua Menterinya juga mempengaruhi keputusan itu. Saya difahamkan Melaka bukan negeri miskin tegar berbanding Kelantan.
Kemiskinan tegar
“Mustahil rakyat akan pilih parti memerintah negeri yang mempunyai kemiskinan tegar yang besar seperti Kelantan,” katanya selepas merasmikan program 1Komuniti 1Koperasi peringkat Dun Merlimau hari ini.
Ismail turut menyangkal pandangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mendakwa kempen BN di Dun Merlimau kotor dan bertentangan dengan slogan 1Malaysia.
Menurut beliau, kempen yang dijalankan oleh BN memberi keutamaan kepada rakyat tanpa wujud sebarang diskriminasi kaum.
“Kenapa tidak selari dengan 1Malaysia? Kita tengok hari ini Koperasi, ada Melayu, ada India, yang datang. Program yang diadakan juga tidak mengasingkan semua kaum.
“Apa yang beliau (Lim) kata tidak benar, sedangkan DAP sendiri ekstremis kaum. DAP perlu lihat perjuangan BN untuk semua kaum,”
Lim semalam dilaporkan berkata beliau kesal dengan perbuatan khianat dan fitnah oleh Umno-BN yang bertentangan dengan slogan 1Malaysia dan mahu mereka bertanggungjawab di atas perkara tersebut.
Dalam pada itu, Roslan yang ditemui ketika berkempen di Permatang Serai pula berkata tindakan lawannya (PAS) yang cuba menabur tuduhan palsu disifatkan sebagai ketandusan idea.
Menurut beliau, pelbagai agenda dan program telah disiapkan untuk membantu rakyat di Merlimau.
“Kita pun tidak pernah sentuh parti atau gerakan mereka. Kita hanya bercakap kepada pengundi supaya tolong kita dan sokong BN.
“Kita tak sentuh soal calon PAS, parti mahupun gerakan yang digunakan. Kalau mereka nak buat macam-macam persepsi atau tuduhan kita rasa semua orang tahu, siapa PAS ini,” katanya.

2 comments:

Unknown said...

Salam saudara.

Izinkan saya panjangkan ke blog saya.

Kerajaan Rakyat said...

Salaam saudaraku mountdweller..

silakan

Posting Terkini