Pages

Sunday, November 14, 2010

Pembatalan Pemilihan PKR Boleh Sebabkan Pengharaman Parti

KUALA LUMPUR 14 NOV : Calon ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa dengan tindakan beberapa rakan dalam PKR yang mahukan pemilihan ditangguhkan kerana ia boleh membawa kepada pengharaman parti.

Shamsul menyatakan betapa PKR tertakluk kepada perlembagaan parti dan peraturan Pendaftar pertubuhan (ROS) yang menetapkan parti perlu mengadakan pemilihan dalam tempoh yang ditetapkan.

Beliau yang juga penyandang Ketua AMK sejak 2004 menyatakan parti tidak terjejas dengan tindakan calon Timbalan Presiden Datuk Zaid Ibrahim yang menarik diri dari pemilihan dan meletak jawatan parti kerana kepimpinan PKR masih lagi utuh dan memberi sokongan kepada ketua penuh.

Shamsul menyatakan betapa tidak ada pemenang atau si kalah dalam pemilihan ini kerana mereka perlu bersatu menentang musuh sebenar iaitu UMNO.

No comments:

Posting Terkini