Datuk Seri Anwar Ibrahim |
Tindak tanduk Datuk Seri Anwar Ibrahim memburuk negara dan kerajaan ‘bukan berita’ tetapi apabila beliau menghentam Perdana Menteri Australia, Julia Gillard kerana menyifatkan Malaysia adalah negara Islam moden yang bagus,ada yang melihat Ketua Pembangkang itu macam manusia hilang akal.
Anwar lupa beliau rakyat negara ini dan beliau juga beragama Islam.
Dengan menganggap pujian Gillard terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden sebagai satu penghinaan, sesuatu gelaran sesuai perlu dicari untuknya.Gelaran ‘pengkhianat’ sudah biasa sangat.
Umum tahu, Anwar sedang bergelut dengan perbicaraan kes liwat dan PKR yang semakin kelam kabut serta caca marba.
Justru itu, beliau amat berharap simpati negara-negara luar seperti pernah diperolehi sebelum ini kekal memihaknya… tetapi dunia juga tahu, Anwar adalah penipu besar apabila Pelan 16 September untuk menawam Putrajaya gagal.
Anwar juga patut sedar bahawa beliau tidak boleh selama-lamanya menutup bangkai gajah dengan nyiru.
Jika ramai pemimpin PKR bertindak meninggalkan parti dan bilangan penyokong yang hadir di mahkamah ketika kes liwatnya dibicarakan sudah boleh dibilang dengan jari, ini bermakna Anwar kena faham-faham sendiri.
Tidak hairanlah beberapa pemimpin luar negara yang sebelum ini simpati dan menyokong beliau kerana hasutan dan maklumat salah yang disampaikan Anwar mula sisihnya untuk berdepan perjuangan yang semata-mata bagi kepentingan peribadi bukannya untuk rakyat seperti dilaung-laungkan.
Siapa Anwar untuk meminta Gillard supaya memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) atas alasan mengamal rasuah dan menipu pada pilihan raya.
Kenyataan lupa diri Anwar dalam temu bual oleh Sky News Australia kelmarin hanyalah usahanya mencari sokongan antarabangsa selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat (AS) berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya gagal.
"Mereka (kerajaan Gillard) tidak boleh hanya pergi ke Malaysia dan berkata, 'ini adalah negara Islam moden yang bagus'. Saya menganggap ia sebagai penghinaan," katanya seperti dipetik daripada laman berita The Australian.
Penghinaan yang disifatkan oleh Anwar itu dipercayai merujuk kepada pengiktirafan Gillard terhadap kemajuan negara semasa melakukan lawatan rasmi ke Kuala Lumpur baru-baru ini.
Peliknya, Anwar mahu Australia dan New Zealand selaku negara demokrasi contoh di Asia Pasifik sepatutnya mencontohi pendirian sesetengah pemimpin Indonesia yang memberi sokongan kepadanya berhubung isu liwat dan sebagainya.
Malah, beliau secara terbuka menganggap Indonesia sebagai sebuah negara sahabat baik dan sekutunya dalam menjayakan perjuangan reformasi bagi merampas Kerajaan Persekutuan daripada BN.
"Mana negara lagi yang kita patut lihat di Asia ini jika bukan Australia dan New Zealand. Kedua-dua negara ini perlu menyatakan pandangan dan keprihatinan mereka (tekanan kepada Malaysia) dan sudah tentu Indonesia sekarang adalah negara sekutu," katanya.
Tidak hairanlah Anwar begitu memuji Indonesia - negara yang kaya dengan demonstrasi tajaan- kerana ramai kawan-kawannya di republik itu menyokong beliau termasuk merancang demonstrasi memburukkan Malasyia.
Menilai kecaman beliau terhadap kenyataan Gillard dan pujiannya terhadap Indonesia, ada baiknya Anwar memilih menjadi rakyat Indonesia.
Tidak guna beliau menjadi rakyat negara ini jika mengecam negara sendiri selain tidak mahu Malaysia menerima pujian sebagai negara Islam moden.
Barangkali dengan memilih menjadi warga negara lain, boleh lah agaknya kes liwat beliau di gugurkan. -Agendadaily
1 comment:
Janganlah mengutamakan pengiktirafan Negara Islam daripada makhluk yang serba lemah.
Sebaiknya utamakanlah pengiktirafan Negara Islam dari Allah Yang Maha Berkuasa ke atas makhluk-makhluknya.
Tidak selayaknya dinamakan Negara Islam jika hukum-hukum dari Allah sengaja diabaikan berbanding hukum-hukum Lord Reid yang lebih diutamakan.
Post a Comment