Pages

Friday, October 29, 2010

YB Rodziah Ismail di LayaRakyat

Pada Rabu 27 Oktober 2010 YB Rodziah Ismail berkesempatan menyertai aktiviti LayaRakyat yang diadakan di Pasar malam Saujana Utama, Sungai Buloh. Turut hadir ialah Pengarah Penerangan Selangor,Dr Badrul Amin Baharom.


LayaRakyat dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bertujuan memudahkan orang ramai, terutamanya di luar bandar mendapat maklumat mengenai produk Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), khususnya Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Hadiah Anak Masuk Universiti. Pendekatan LayaRakyat adalah menggabungkan tayangan video penerangan dasar Kerajaan Negeri dengan kaunter MES. Akhbar Selangor Kini turut diedarkan kepada para pengunjung pasar malam sepanjang aktiviti ini.

YB Rodziah tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung sepanjang aktiviti tersebut.

No comments:

Posting Terkini