Tuesday, August 17, 2010
Jutawan Arab tayang kereta mewah di London
LONDON: Golongan jutawan Arab yang memiliki harta melimpah-ruah kini menjadikan London sebagai pusat mempamerkan kereta mewah masing-masing.
Jutawan dari Timur Tengah itu membawa kenderaan masing-masing - sesetengahnya dengan kemasan bersalut krom - menaiki pesawat dari Amiriah Arab Bersatu (UAE).
Sepanjang musim panas lalu, sejumlah kereta paling mewah di dunia bernilai lebih £pounds;50 juta ($107 juta) tiba di ibu negara Britain itu.
Antaranya, kereta terpantas di dunia, Bugatti Veyron, yang mempunyai kelajuan 407 kilometer sejam, dipandu di kawasan Knightsbridge dan Mayfair.
Kereta itu bersama Pagani Zonda Cinque - satu daripada lima yang dihasilkan di dunia - sering diletakkan di kawasan Dorchester.
Bulan lalu, pemilik baru gedung beli-belah Harrods menayangkan kereta Koenigsegg CCXR bernilai £pounds;1.2 juta dan Murcielago bernilai £pounds;343,600 di depan premis berkenaan.
Disebabkan ia diletakkan di tepi jalan, pihak berkuasa terpaksa mengunci tayar kenderaan itu sehingga pemiliknya membayar saman.
Wartawan majalah Top Gear, Encik Matt Master, berkata peminat kereta mewah kini boleh melupakan bandar Monaco atau Monte Carlo.
'Kini, London menjadi pusat kereta mewah. Kebanyakan pemilik kereta mewah itu baru berusia 20-an atau awal 30-an tahun yang lahir dalam keluarga kaya-raya,' kata Encik Master.
'Jumlah kereta model Ferrari, Lamborghini dan Bugatti menggunakan nombor pendaftaran UAE memang luar biasa.
'Kebanyakannya mempunyai kelajuan lebih 300 kilometer sejam, tetapi di London, biasanya mereka terpaksa memandu hanya dengan gear satu,' katanya.
Kebanyakan kenderaan itu diterbangkan ke London untuk digunakan jutawan berkenaan ketika mereka melarikan diri daripada cuaca panas di negara asal masing-masing. -- Agensi.
Labels:
ekonomi,
Pembaziran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment