Padah 'seronok' bunuh orang yang tidak dikenali
SYDNEY: Seorang lelaki semalam dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana melakukan pembunuhan yang sudah dirancang ke atas seorang wanita China di Australia semata-mata untuk menikmati 'keseronokan' membunuh orang yang tidak dikenalinya.
Stavros Papadopoulos, 22 tahun, mengaku bersalah kerana membunuh pelajar perakaunan Universiti Tasmania berusia 26 tahun, Zhang 'Tina' Yu, di apartmennya di Hobart, di wilayah Tasmania, pada Jun tahun lalu.
Rakan sejenayahnya, Daniel Jo Williams, 22 tahun, dikenakan hukuman penjara 10 tahun atas tuduhan menyebabkan kematian. -- AFP.
Polis Indonesia rancang saman majalah 'Tempo'
JAKARTA: Polis Nasional Indonesia berkata ia merancang untuk memfailkan saman ke atas penerbitan terbaru majalah Tempo, yang memaparkan rencana kulit mengenai kemewahan yang diraih oleh beberapa pegawai polis kanannya.
'Kami akan memfailkan satu saman malu dan saman sivil berhubung kerugian besar yang dialami oleh 400,000 anggota polis,' kata jurucakap polis, Ketua Inspektor Edward Aritonang, kepada laman berita dalam talian majalah itu, tempointeraktif.com, semalam.
Beliau, bagaimanapun, tidak memberi butir mengenai saman itu. -- Agensi.
Thursday, July 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment