Pages

Friday, May 14, 2010

Agensi Propaganda Kerajaan Barisan Nasional

Penerbit tv2 diarah tinggalkan pejabat segera

Penerbit Galeri Mandarin Nasional tv2, Chou Z Lam yang mendedahkan pembatalan penyiaran dokumentari Empangan Bakun dan pembinaan menara elektrik di Rawang, telah ditamatkan perkhidmatannya, malah diarah untuk meninggalkan pejabatnya di Angkasapuri, hari ini.

Chou Z Lam ketika dihubungi oleh MerdekaReview, memaklumkan bahawa dirinya telah menerima "surat penamatan perkhidmatan" dari Bahagian Khidmat Pengurusan pada kira-kira jam 11 pagi ini. Sambil merakamkan penghargaan terhadap perkhidmatan dirinya, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Shafiq Abdullah menjelaskan kepada Chou Z Lam bahawa perkhidmatannya ditamatkan untuk mengurangkan kos.

Perkhidmatan Chou Z Lam terikat kepada kontrak dengan RTM, yang akan tamat pada Januari 2011. Namun demikian, kedua-dua pihak (Chou dan RTM) berhak menamatkan kontrak dalam masa 24 jam, tanpa terikat kepada sebarang pampasan. Dengan kata lain, tiada pampasan kepada Chou Z Lam berikutan "pemecatan" ini.

Chou Z Lam diarah untuk meninggalkan pejabat hari ini, diiringi oleh dua orang pegawai keselamatan.

Berikut adalah surat "penamatan khidmat" yang diterima Chou Z Lam (berwarna biru):

Chou Z Lam dakwa diri diambil tindakan kerana pendedahan

Sungguhpun demikian, Chou Z Lam menganggap dirinya dipecat kerana mendedahkan pembatalan penyiaran dokumentari Empangan Bakun dan pembinaan menara elektrik di Rawang, baru-baru ini. Chou Z Lam menyelar keputusan RTM sebagai pencabulan kepada kebebesan media.

Maklumat: RTM ditubuhkan untuk dijadikan sebagai sebuah agensi propaganda kerajaan dan dipenuhi dengan rancangan yang bolih mengakibatkan minda menjadi rosak, pelupa dan mudah nyanyok.




No comments:

Posting Terkini