Pages

Thursday, April 15, 2010

Sekilas Dunia

Obama: Dunia kini lebih selamat

WASHINGTON: Presiden Amerika, Encik Barack Obama, berkata dunia kini lebih selamat selepas sidang puncak 47 negara akur untuk mengawal bahan nuklear daripada jatuh ke tangan pengganas dalam tempoh empat tahun.

'Disebabkan langkah yang kita ambil, rakyat Amerika akan menjadi lebih selamat dan dunia lebih aman,' kata Encik Obama pada akhir sidang dua hari di Washington.

Menurutnya, Al-Qaeda cuba mendapatkan bom nuklear dan bahan radioaktif sebesar epal cukup untuk membunuh ribuan manusia. -- AFP.

Bantahan pindah kubur ulama

JAKARTA: Satu bantahan berhubung tindakan pihak berkuasa hendak memindahkan kubur seorang ulama Arab yang mengembangkan Islam pada abad ke-18, di Tanjong Priok, utara Jakarta, bertukar menjadi ganas semalam.

Media setempat berkata dua orang terkorban apabila 500 perusuh bersenjata parang dan kayu bertempur dengan polis dan membakar lima kenderaan polis.

Seramai 2,000 pekerja syarikat Pelindo II dan 600 pegawai polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan. -- AP.



No comments:

Posting Terkini