Pages

Thursday, April 8, 2010

Pembalakan haram dianggap rasuah

JAKARTA: Presiden Indonesia, Dr Susilo Bambang Yudhoyono, semalam mengenal pasti kegiatan pembalakan secara haram sebagai satu lagi bentuk rasuah dan mahu 'mafia' yang terlibat dibanteras.

'Saya yakin ada mafia dalam pembalakan haram. Pasukan petugas antimafia harus meneliti kemungkinan itu dan menumpaskan mereka,' tegas beliau sebelum berlepas ke Vietnam untuk menghadiri sidang puncak Asean.

Beliau turut memuji usaha kumpulan pencinta alam Green Peace menyelamatkan hutan di Indonesia. -- AFP.

Militan dikebumi secara sulit

MUMBAI: Mayat sembilan militan yang terbunuh dalam serangan di Mumbai pada 2008 sudah dikebumi secara sulit pada Januari lalu di satu lokasi yang dirahsiakan di Maharashtra, kata Menteri Dalam Negeri wilayah itu, Encik R.R. Patil.

'Seramai 30 pegawai terlibat dalam misi menggali kubur dan mengebumikan mayat itu.

'Tiada siapa tahu hal itu kecuali pegawai terlibat,' kata Encik Patil seperti ditukil akhbar Indian Express semalam. -- AFP.

'Israel ancaman utama damai di TT'

PARIS: Perdana Menteri Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, menyifatkan Israel sebagai 'ancaman utama kepada perdamaian' di Timur Tengah.

'Jika sebuah negara menggunakan kekerasan tidak setara di Palestin dan menggunakan bom fosforus di Gaza, kami tidak akan mengucapkan syabas,' tegas beliau, merujuk serangan Israel ke atas Jaluran Gaza pada Januari 2009. -- AFP.



No comments:

Posting Terkini