Pages

Friday, January 8, 2010

Presiden Argentina pecat ketua bank pusat

BUENOS AIRES: Presiden Argentina, Cristina Kirchner menandatangani surat petintah untuk memecat ketua bank pusat selepas enggan meletak jawatan.

"Presiden bank pusat, Dr Hernan Martin Perez Redrado sudah disingkir kerana gagal menjalankan tugas rasminya," menurut pengisytiharan itu yang dikeluarkan hari ini.

Kirchner mengarahkan Redrado meletakkan jawatan semalam tetapi beliau ingkar dengan arahan itu sebaliknya menggunakan kuasa autonominya untuk terus berkhidmat. - AFP



No comments:

Posting Terkini