Pages

Tuesday, January 26, 2010

Polis bawa Aduka Taruna dari Kelantan ke Johor

Penulis blog Aduka Taruna yang didakwa menyiarkan tulisan yang menghina Almarhum Sultan Johor dilaporkan telah menyerahkan diri kepada polis petang semalam di Kota Bharu.

Penulis berusia 28 tahun itu ditahan di Kota Baru, Kelantan petang semalam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan penahanan penulis itu, yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia.

Penulis dari Seremban itu dikatakan menyembunyikan diri di Kota Baru selepas butiran peribadinya tersebar dalam internet.

Sebelum ini, pelbagai pihak telah membuat bantahan dan laporan polis terhadap tulisan dalam blog berkenaan yang dianggap menghina.

Turut membantah adalah Pemuda PAS Johor dan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.



No comments:

Posting Terkini