NAIROBI: Sebuah kapal tangki kimia milik Indonesia dilaporkan ditawan lanun Somalia, di perarian Teluk Aden, semalam dengan 24 anak kapal berkenaan kini dijadikan tebusan.
Kapal yang didaftarkan di Singapura oleh Premoni itu ditawan ketika dalam pelayaran balik menuju India.
Menurut jurucakap Program Bantuan Pelayar dan Pelaut Timur Afrika, Andrew Mwangura, ia adalah kapal ketiga sejak Ogos lalu yang ditawan lanun Somalia.
Malah, ia adalah kapal asing pertama ditawan lanun berkenaan, tahun ini.
Antara anak kapal yang ditawan ialah 17 warga Indonesia, China (lima), masing-masing seorang warga Nigeria dan Vietnam.
Mwangura berkata, semua anak kapal yang ditawan bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan selamat. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment