"Polis sudah menyerahkan sepenuhnya kertas siasatan (kes itu) kepada Peguam Negara, dan kini tunggu Peguam Negara untuk ambil tindakan undang-undang melalui mahkamah," katanya.
Sebenarnya Peguam Negara sedang tunggu dan akan ikut serta angguk-angguk titah perintah presiden umno.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melepaskan peserta Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 7/2010,di Stadium Bukit Jalil,di sini.
Media baru-baru ini melaporkan kehilangan enjin jet pejuang F-5E TUDM pada 2007 yang dikatakan dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa luar negara.
TUDM mula mengoperasikan pesawat F-5E itu pada 1974, dan pada 1999 perkhidmatan pesawat itu ditamatkan dengan tugas sebagai pesawat tempur barisan hadapan diambil alih oleh pesawat MiG-29N dan F/A-18D.
Bagaimanapun, pada 2003 pesawat itu diaktifkan semula sebagai pesawat latihan dan tinjauan bagi menampung keperluan semasa. - Bernama
No comments:
Post a Comment