Pages

Saturday, January 9, 2010

Kenyataan Media Ketua Wanita KEADILAN

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh : 9 Januari 2010

WANITA KEADILAN KUTUK SERANGAN KE ATAS GEREJA


Wanita KEADILAN mengutuk dengan sekeras-kerasnya serangan ke atas gereja di Lembah Klang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jelas sekali mereka telah hilang kewarasan dan pertimbangan dengan perbuatan tidak bertamadun ini yang tidak ada tempatnya di negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia.

Kami sedih kerana serangan ini dilakukan dalam keadaan rakyat negara berhadapan dengan kesukaran akibat dari kenaikan harga barang di tahun baru sedangkan ekonomi negara masih meleset. Keadaan yang sukar bertambah parah lagi dengan provokasi jahat politik amarah durjana.

Wanita KEADILAN menyeru agar provokasi jahat ini dihentikan dengan segera. Pihak polis hendaklah mengembalikan rasa selamat kepada semua rakyat Malaysia dengan menyiasat secara terperinci kejadian buruk ini agar pihak yang menyebarkan api kebencian ini dihukum dengan setimpal.


HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
Merangkap Ahli Parlimen Ampang

###

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT




No comments:

Posting Terkini