Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, diketuai Shamsul Iskandar Mohd Akin akan berarak dari Padang Timur, Petaling Jaya (PJ), depan Ampcorp Mall ke Stadium Merdeka Sabtu ini sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (KHR).
Mereka akan bergabung dengan kumpulan lain sepanjang laluan perarakan yang akan melalui Universiti Malaya dan Dataran Merdeka.
Justeru, AMK Selangor yang akan menjadi tuan rumah untuk tapak lokasi berkumpulnya anggota AMK dari seluruh pelusuk negara, mengalu-alukan kedatangan mereka untuk sama-sama gegarkan #KL112.
Setiausaha AMK Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, peserta diminta berkumpul di situ bermula 8 pagi sebelum berarak ke Stadium Merdeka pada jam 9 pagi.
Katanya, peserta himpunan akan diiringi sekumpulan konvoi berkenderaan bersedia memberi bantuan jika ada sebarang kecederaan.
“Kepada individu yang mempunyai kenderaan pikap, seperti Hilux dan sebagainya, dan berminat untuk menyertai konvoi dari Padang Timur, PJ bolehlah mendaftarkan nombor kenderaan anda pada Ginie Lim (016-7183453) dan Haji Ramlan (016-6648032) bagi memudahkan urusan pada hari tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Saifuddin berkata, AMK Selangor memberikan sokongan penuh kepada AMK Malaysia dan akan mengerahkan seluruh kekuatan sayap parti di negeri itu untuk turun bersatu dalam perarakan nanti.
“AMK Selangor yakin dengan kebangkitan rakyat bakal mengubah landskap politik Malaysia di masa hadapan. Kebangkitan ini juga isyarat jelas supaya regim Umno BN tidak sewenang-wenang mahu memanipulasi dan menindas rakyat terbanyak.
“Anggota AMK seluruh negara siap sedia berhadapan apa juga rintangan demi mengangkat maruah rakyat dan meletakkan kembali keadilan sebagai teras kenegaraan,” katanya.
“Ayuhlah bersama-sama AMK gegarkan #KL112. Jadikan Padang Timur, Petaling Jaya sebagai tapak bermulanya perarakan kejayaan untuk kita menawan Putrajaya. Kemenangan adalah pasti, untuk anak-anak muda yang berani dan mengimpikan perubahan di bumi bertuah ini,” tambah Saifuddin.
No comments:
Post a Comment