KUALA LUMPUR: Pelakon Zizie Izette kini dikatakan sedang berbulan madu di Eropah bersama suaminya, Datuk Bung Mokhtar Radin, 51 tahun, dan dijangka pulang ke tanah air pada 8 Januari ini.
Zizie, 31 tahun, difahamkan berlepas ke Filipina pada 24 Disember lalu sebelum meneruskan penerbangan ke Eropah, setelah selesai menjalani penggambaran drama 25 episod, 'Suraya', terbitan Zeel Production.
Menurut sumber, selain bercuti ke Eropah, Zizie juga menerima kereta BMW Sport dengan nombor pendaftaran WPY 2121 (yang membawa makna Zizi) sebagai hadiah perkahwinan.
'Kami memang tidak diberitahu di mana pernikahan itu berlangsung dan bila. Tetapi Zizie ada memberitahu pihak produksi dia telah bernikah.
'Sekembalinya bercuti dua hari itu, kami melihat Zizie memandu BMW Sport yang berharga RM280,000 ($114,829) ke lokasi,' kata sumber berkenaan.
Friday, January 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment