BAGHDAD: Sebuah mahkamah Iraq telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Ali Hassan al-Majeed, seorang konco bekas presiden negara itu, Saddam Hussein.
Dia dikenali juga sebagai 'Ali Kimia' kerana membunuh kira-kira 5,000 orang puak Kurdi dengan menggunakan gas pada 1988.
Majeed, sepupu Saddam yang dihukum gantung sampai mati pada Disember 2006, mendapat gelaran itu kerana menggunakan gas beracun untuk membunuh mangsanya.
Dia didakwa melakukan jenayah kemanusiaan bagi serangan yang dilakukannya di Halabja, sebuah bandar Kurdi di Iraq.
Dia telah pun dikenakan hukuman mati dalam tiga kes berlainan sebelum ini.
'Syukur kepada Allah,' kata Majeed apabila hukuman itu dibacakan kepadanya.
Seorang jurucakap pemerintah Iraq, Encik Ali al-Dabbagh, berkata hukuman mati itu akan dilakukan 'dalam masa terdekad'.
'Tidak akan mengambil masa yang lama bagi Hassan al-Majeed menerima hukumannya yang adil bagi jenayah-jenayah yang dia lakukan terhadap rakyat Iraq,' kata Encik Dabbagh kepada agensi berita Reuters.
Tetapi beliau enggan memberikan jadual waktunya.
Selain itu, mahkamah tinggi menjatuhkan hukuman penjara lima tahun setiap seorang ke atas bekas menteri pertahanan Iraq, Sultan Hashem, dan bekas ketua risikannya, Sabir al-Douri, kerana serangan itu.
Ia juga menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Abd Mutlaq al-Jubouri, seorang bekas ketua risikan wilayah.
Majeed ditangkap pada Ogos 2003, lima bulan selepas Amerika Syarikat menyerang Iraq. Dia mempunyai repustasi menghancurkan penentang Saddam.
Ramai rakyat Iraq takutkan dia lebih daripada pemimpinnya sendiri.
Dia dihukum gantung sampai mati pada Jun 2007 kerana peranannya dalam satu serangan tentera terhadap puak Kurdi, yang diberi nama kod 'Anfal', dari Februari hingga Ogos 1988.
Majeed telah dikenakan hukuman mati pada Disember 2008 kerana peranannya menghancurkan revolusi puak Syiah selepas Perang Teluk 1991 dan satu lagi pada Mac 2009 kerana terbabit dalam pembunuhan dan pengusiran puak Syiah pada 1999.
Tetapi pertikaian dalam pentadbiran Syiah yang dipimpin Perdana Menteri Nuri al-Maliki telah menangguhkan hukuman mati Majeed. -- Reuters.
Tuesday, January 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment