KUALA LUMPUR, Dis 5 — Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan pindaan perlembagaan Umno yang diputuskan Oktober lalu manakala parti itu akan mengadakan proses pemutihan senarai ahli tahun depan.
Pindaan perlembagaan parti itu berkuat kuasa mulai 10 November lalu.
Perkara itu diumumkan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di sini malam tadi.
“Berdasarkan perlembagaan Umno yang baru kita tak perlu kutip yuran tahunan. Oleh itu amat penting bagi kita menentukan kesahihan senarai anggota Umno ini,” kata beliau yang juga Perdana Menteri.
Najib memberitahu ibu pejabat Umno akan berhubung dengan semua bahagian untuk menerangkan kaedah pemutihan itu.
Umno mempunyai lebih daripada tiga juta orang ahli buat masa sekarang.
Pada pertengahan Oktober lalu, Umno telah meluluskan pindaan perlembagaan antara lain melibatkan jumlah perwakilan yang terlibat dalam proses pemilihan ahli Majlis Tertinggi diluaskan dari 2,010 orang pewakilan bahagian kepada 146,000 orang.
Ia juga melibatkan penghapusan sistem kuota dan digantikan dengan sistem pendaftaran yang mempunyai kelayakan minimum untuk bertanding dan sebagai mengiktiraf sumbangan Wanita, jumlah perwakilan mereka akan ditambah dalam pemilihan Jawatankuasa Pusat dari 12 orang menjadi 13 orang, Jawatankuasa Bahagian dari tujuh menjadi lapan orang dan Jawatankuasa Cawangan dari lima menjadi enam orang.
Pindaan lain melibatkan proses pemilihan serentak untuk Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan dan satu Jawatankuasa pemilihan akan ditubuhkan untuk menyelaras isu-isu kos, logistik dan pentadbiran yang berkaitan.
Tiga aspek lain ialah yuran tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan yuran seumur hidup, dalam proses memudahkan seseorang individu menjadi ahli Umno, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri Cawangan akan diberikan mandat untuk mengesahkan sesuatu permohonan keahlian dan pelantikan setiausaha bahagian sebagai perwakilan di Perhimpunan Agung Umno secara automatik.
Mesyuarat MT malam tadi turut meluluskan program bertemakan Umno Juara Rakyat yang akan dijalankan secara berterusan bermula Januari depan.
Kata beliau, walaupun ia dikenali sebagai program Umno Juara Rakyat tetapi pelaksanaannya akan melibatkan bersama penyertaan parti-parti komponen Barisan Nasional peringkat bahagian.
Saturday, December 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
umno nak adakan pemutihan ahli?
Aik, apasal pulak....ahli2 yang ada semuanya dah hitam?. rekod dah busuk?. dah takde yang bersih lagi?
Kalu nak putih sonang ajer....celup dalam air soda api!...
inilah dia kumpulan orang melayu yang dah tak boleh diikut....dah tak boleh buat kawan...dah hilang haluan....dah takde pedoman....dengan pemutihan ni, boleh suci semula ke orang2 umno yang pekat dengan tahi ni?.
Bos yang agak muda ni dah terpalit dengan kehilangan seorang pelancung yang masuk negara tetapi takde rekod keluar....bos yang tua tu pulak dah tersebar luas oleh penulis luar mengatakan dia sedut duit 100 billion.....kawan baik dia, soros pun kata dia amik 200 billion.....
abis sapalah yang nak putihkan depa2 ni?....
The MIND!!!
Post a Comment