Pages

Saturday, December 5, 2009

SUK buat laporan berkaitan tajaan haji Nik Aziz

KOTA BHARU: Sekumpulan anggota pertubuhan bukan kerajaan yang menggelar diri mereka Suara Umum Rakyat Kelantan (SUK) hari ini membuat laporan polis berhubung artikel dalam laman blog mendedahkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan keluarganya mendapat penajaan haji daripada seorang usahawan.

Laporan dibuat oleh ketua kumpulan itu, Zulkifli Mohd Zain, 49, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu, di Pengkalan Chepa, dekat sini, jam 12.50 pagi.

Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau berkata laporan itu dibuat supaya polis menyiasat artikel yang mendakwa Nik Aziz menerima tajaan daripada pengusaha terbabit bagi pemergiannya ke Tanah Suci membabitkan kos RM65,000.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Zahruddin Abdullah, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut. - Bernama

No comments:

Posting Terkini