Pages

Monday, December 7, 2009

Sekilas - Dunia

Nak kekang tapi tergalak pornografi

BEIJING: Pihak berkuasa China menawarkan ganjaran sehingga 10,000 yuan ($2,033) kepada pengguna Internet yang melaporkan laman web yang menampilkan pornografi.

Dalam tempoh 24 jam menyusuli pengumuman itu, satu talian hotline yang dibuka bagi tujuan tersebut menerima lebih 400 panggilan.

Ini menimbulkan kebimbangan bahawa kempen itu secara tidak langsung menggalak pengguna Internet melungsuri laman pornografi. -- AFP.

Banjir di empat daerah Pahang semakin teruk


KUANTAN: Keadaan banjir empat daerah di Pahang semakin buruk dengan jumlah mereka yang dipindahkan meningkat kepada 1,803 orang pagi semalam, berbanding 346 orang kelmarin.

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir Pahang, Kuantan mencatatkan jumlah tertinggi mangsa dipindahkan ke 10 pusat pemindahan, iaitu 1,639 orang. -- Mingguan Malaysia.

Ramai banduan M'sia di Thai dek kad kredit palsu

BANGKOK: Kegiatan memalsukan kad kredit menjadi punca sebahagian besar daripada 500 rakyat Malaysia, termasuk wanita, sekarang merengkok dalam 18 penjara di Thailand.

Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Husni Zai Yaacob, berkata 246 banduan rakyat Malaysia itu menjalani hukuman di 10 penjara sekitar ibu kota ini, manakala 251 lagi dalam lapan penjara di selatan Thailand.

Menurut beliau, kegiatan pemalsuan kad kredit itu didalangi sindiket yang membolehkan sesetengah individu terbabit memiliki sehingga 10 kad kredit dan berbelanja di Thailand. -- BMM.

194 korban H1N1 di China bulan lalu

BEIJING: Angka rasmi korban akibat virus Influenza A (H1N1) di China sepanjang bulan lalu ialah 194 orang.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan korban di China ialah 200 kes.

Menurut satu kenyataan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan semalam, kadar kematian H1N1 sepanjang November sahaja mencecah 89.3 peratus, manakala 12.4 peratus direkod pada bulan-bulan sebelumnya.

Kementerian itu juga melaporkan lebih 92,000 rakyat China telah dijangkiti H1N1. -- Agensi.

11 maut akibat trak terhumban dalam gaung

TEGUCIGALPA: Sebuah trak yang memuatkan 26 orang terbabas di laluan pergunungan sebelum terjunam ke dalam gaung, menyebabkan 11, termasuk dua kanak-kanak, terbunuh di Hoduras, kelmarin.

Kemalangan itu berlaku di daerah Meambar, Comayagua, 130 kilometer dari utara ibu negara Tegucigalpa.

Menurut polis, trak kecil itu penuh sesak dengan penumpang sehingga menyebabkan pemandunya gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum ia terhumban ke dalam gaung. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini